Hans Isaac antara 16 dilantik anggota Perbadanan Stadium

Hans Isaac antara 16 dilantik anggota Perbadanan Stadium Malaysia

pemilihan PKR
HANS ISAAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan selebriti dan pelakon, Datuk Hans Isaac bersama 15 yang lain sebagai anggota Perbadanan Stadium Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Pelantikan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai sektor mengambil kira pengalaman yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing dan bakal mencetuskan impak yang positif kepada pembangunan perbadanan sebagai hab sukan dan hiburan yang unggul.

Melalui kenyataan Unit Korporat KBS hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan, melalui barisan keanggotaan baharu ini, misi beliau adalah untuk memastikan hala tuju perbadanan lebih mapan. 

Katanya, ia merangkumi dari segi pengurusan fasiliti yang berdaya mapan, mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

“Bagi sektor Korporat, pengerusinya adalah Datuk Hans Isaac; Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC); Datin Anita Azrina Abdul Aziz (Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, Petronas); Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengacara rancangan ‘Money Matters’ serta ahli korporat dan penganjur acara antarabangsa) dan Aaron Sarma (Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures).

Bagi persatuan sukan, turut dilantik Mohd. Joehari Mohd Ayub sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia; Afrita Ariany Nasril (Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia); Nishel Kumar Silvaraja (Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia); Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia) dan Tan Seok Khoon @ May Tan (Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Malaysia).

Untuk sektor kerajaan pula, Mohd. Faidz Sanusi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia; Ramona Mohd. Razali (Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik), Kementerian Belia dan Sukan); Datuk Abd Shukor Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri); Datuk Mohamad Razif Abd Mubin (Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); Christina Dominic Cotter (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia) dan Mohamad Darus Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya).

Anggota perbadanan bersama yang dilantik ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd. Faidz Sanusi dan pengurusan kanan perbadanan yang akan mencipta semula pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya