GPN SPM Kelantan catat peningkatan

GPN SPM Kelantan catat peningkatan

MOHAMAD Ab. Wahab (tengah) bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM di Pejabat JPN Tunjong Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gred Purata Negeri (GPN) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di negeri ini mencatatkan 4.88 iaitu peningkatan sebanyak 0.22 berbanding 5.10 pada 2021.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mohamad Ab. Wahab berkata, sebanyak 51 buah sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN negeri.

Menurutnya, seramai 27,119 calon mendaftar peperiksaan SPM 2022 manakala 26,735 calon menduduki ujian terbabit terdiri daripada 20,478 pelajar Sekolah Bantuan Kerajaan, 4,472 pelajar Sekolah Agama Kerajaan Negeri (Yayasan Islam Kelantan), 714 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 165 calon swasta dan 906 calon persendirian.

“Daripada jumlah itu, lapan calon mendapat A+ dan seramai 271 orang calon mendapat sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.

“Jumlah tersebut mewakili 1.32 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan meningkat sebanyak 0.23 mata berbanding 1.09 peratus pada tahun 2021,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di JPN, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat 55 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 92.95 peratus iaitu meningkat sebanyak 4.23 mata berbanding 88.72 peratus pada tahun 2021.

Katanya, selain itu, sebanyak 33 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus termasuk 12 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berbanding 31 buah sekolah pada tahun 2021.

“Sejumlah 55 mata pelajaran diambil calon SPM di Kelantan dengan 29 daripadanya mencapai 100 peratus.

“Pencapaian 100 peratus lulus semua mata pelajaran bagi adalah 52.66 peratus iaitu meningkat sebanyak 3.93 mata berbanding 48.73 peratus pada tahun 2021,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.

Katanya, pelajar yang kurang berjaya berpeluang mengulang semula peperiksaan SPM dan boleh mendaftar sehingga 16 Jun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya