Fandi akui minat permainan Ghaddar Kelantan

Fandi akui minat permainan Ghaddar Kelantan

KELINCAHAN Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman (kanan, jersi merah) menarik minat pengendali Sri Pahang FC selepas aksi pertemuan dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMRULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad secara terbuka mengakui minat dengan corak permainan diperagakan oleh bintang muda The Red Warriors (TRW) Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman atau Ghaddar Kelantan.

Lagenda Singapura itu berkata, pemain yang pemakai jersi No.17 itu lihat sungguh licik setiap kali memegang bola selain mampu bertindak cepat serta bijak untuk membuat keputusan.

“Tapi buat masa sekarang saya rasa sukar bagi kami mendapatkan khidmat Mohamad Fazrul Amir kerana dia masih mempunyai kontrak bersama Kelantan FC,” katanya semasa sidang media selepas perlawanan Sri Pahang FC menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang nyata bukan tandingan Kelantan FC apabila mudah menjinakan pasukan bermasalah itu dengan kemenangan besar 5-0.

Dalam pada itu, Fandi memberitahu, Sri Pahang perlu mencari pemain-pemain berkualiti termasuk pemain import bagi mengisi posisi tengah dan serangan jika mahu mencabar kedudukan teratas liga.

Katanya, Tok Gajah kini memiliki enam pemain import tetapi hanya dapat menggunakan lima daripada mereka berikutan seorang masih dibelenggu kecederaan.

“Tumpuan sekarang ini adalah untuk mengisi posisi tengah dan serangan. Kita harus cari beberapa orang lagi pemain import dan perlu susun kembali kekuatan keseluruhan pasukan,” ujarnya.

Mengulas aksi menentang Kelantan FC, Fandi berkata, Tok Gajah turun ke Kota Bharu dengan misi meraih tiga mata dan impian tersebut disempurnakan dengan baik oleh barisan pemain.

“Namun bukan mudah buat kita, kerana barisan pemain muda Kelantan mampu mencetus situasi bahaya kepada kami melalui tahap keagresifan dan corak permainan pantas dengan hantaran bola jauh yang mereka amalkan.

“Memang sejak awal kita beri tumpuan untuk memanfaatkan ‘set-piece’ kerana pemain kita tahu pemain kita lebih tinggi dan mahu guna kelebihan itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN