Fahmi akan bahagi masa antara tugas  ahli parlimen, menteri   - Utusan Malaysia

Fahmi akan bahagi masa antara tugas  ahli parlimen, menteri  

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil beliau tetap fokus mengenai isu dihadapi rakyat kawasan parlimennya walaupun sudah bergelar menteri.

 Menurut beliau, walaupun sibuk di Putrajaya tetapi  masalah komuniti di Parlimen Lembah Pantai tetap  diikuti dan mereka boleh menghubunginya  bila-bila masa.

 “Baru-baru ini ada orang persoalkan bahawa adakah saya masih ahli parlimen mereka kerana sibuk dengan tugas menteri, sudah pasti saya masih ada dan peka dengan perkara yang berlaku.

 “Saya akan cuba mengagihkan masa dan mengadakan perbincangan dengan penduduk di kawasan saya secara lebih kerap,” kata beliau  ketika Coffee Community Conversation bersama penduduk Parlimen Lembah Pantai di Dewan Serbaguna Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini, hari ini.

 Pada pertemuan tersebut, ramai penduduk kawasan hadir untuk memaklumkan masalah masing-masing.

 Antara yang dikemukakan mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan, memohon menambah laluan pejalan kaki, memangkas dahan pokok yang condong. 

 Mengulas lanjut, Fahmi berkata,  akan terus berusaha untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut.

Selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu, Fahmi dilantik Menteri Komunikasi dan Digital.

Baru-baru ini beliau berkunjung  ke London dan mendapat komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 billion dalam pelbagai sektor teknologi digital.

 “United Kingdom merupakan rakan dagangan yang sangat penting dan kita dapat lihat lebih banyak pelaburan dalam masa terdekat,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya