Dana RM7.76 juta untuk siapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir - PM - Utusan Malaysia

Dana RM7.76 juta untuk siapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir – PM

ANWAR Ibrahim bersama Ahmad Yakob (dua kanan) semasa meninjau pembinaan Masjid At-Taqwa Alor Pasir Tumpat, Kelantan- UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Perdana Menteri menyalurkan peruntukkan sebanyak RM7.76 juta bagi menyiapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini peruntukkan terbesar yang diluluskan untuk masjid sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak dapat menolak permintaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kerana beliau sahabat dan keluarga besar saya.

“Walau berbeza fahaman politik tetapi sikap dan hemah beliau saya kalah, kalau dia minta apa-apa saya sukar nak tolak,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, pembinaan Masjid At-Taqwa melibatkan  kos sebanyak RM12.6 juta dan kini siap 30 peratus.

Menurut beliau, keluasan masjid melibatkan 1800 kaki persegi dan dapat menampung jemaah 1,600 di mukim Alor Pasir.

“Pembinaan itu melibatkan ruang solat lebih selesa, bilik mesyuarat, pejabat, ruang mengaji dan perpustakaan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN