PASIR MAS: Seorang warga emas tidak menang tangan menempa pisau lapah yang ditempah oleh para pelanggan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mat Yusoff Saleh, 64, berkata, bermula Ramadan lalu, dia menerima tempahan hampir 300 bilah pisau daripada pelanggan untuk digunakan semasa ibadah korban. Menurutnya, bagaimanapun dia lega apabila lebih 150 bilah pisau itu berjaya disiapkan dan ada yang sudah diserahkan kepada pelanggan. “Tak menang tangan saya…










