Ahli UMNO dibuang tidak rugi, yang rugi parti -Hishammuddin

Ahli UMNO dibuang tidak rugi, yang rugi parti -Hishammuddin

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli UMNO yang dipecat dan digantung langsung tidak terkesan dengan sindiran segelintir pihak berhubung pelawaan untuk menjemput mereka ke Perhimpunan Agung UMNO, sebaliknya parti itu sendiri yang bakal mengalami kerugian.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mengambarkan sindiran dan seloroh itu sebagai mentaliti dan pemikiran semasa kepemimpinan UMNO serta tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangkan hati akar umbi.

Jelas bekas Naib Presiden UMNO itu, ahli-ahli dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman dan khidmat mereka tidak lagi diperlukan. 

“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal. Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh, ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepemimpinan UMNO, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi.

“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah UMNO yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian,” katanya dalam akaun Instagram milik beliau hari ini.

Beliau merujuk kenyataan beberapa pemimpin yang secara sinis ‘menjemput’ bekas ahli-ahli yang digantung dan dipecat sekiranya mereka rindu untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung bermula Rabu hingga Sabtu ini.

Hantaran Hishammuddin itu menyebabkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara spontan meninggalkan komen; ‘PRN UMNO bungkus’.

Pada awal tahun ini, UMNO memutuskan memecat Khairy manakala Hishamuddin pula digantung selama enam tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya