Tiga lelaki dicari jadi saksi perbicaraan kes dadah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki dicari jadi saksi perbicaraan kes dadah

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Muhammad Najib (kanan), Muhamad Zaki (tengah) dan Muhammad Diah (kiri) untuk menjadi saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Tiga lelaki dikehendaki polis sebagai saksi penting dalam perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi, di sini. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tiga lelaki warga tempatan itu  beralamat terakhir di Tangkak dan Muar. 

“Muhammad Najib Somadin berusia 32 tahun tinggal di Taman Cempaka 2, dan Muhamad Zaki Johari, 40, di Kampung Parit Jarum. Kedua-duanya di Bukit Gambir, Tangkak.

“Seorang lagi ialah Muhammad Diah Abas, 42, beralamat di Jalan Dato’ Haji Hassan, Muar.

“Ketiga-tiganya dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang tiga lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Amira Moklas menerusi talian 012-3316326 atau 06-9564800.

Sebarang informasi atau keberadaan berkaitan mereka juga boleh disalurkan ke balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN