3 termasuk penjawat awam terlibat perlombongan haram

3 termasuk penjawat awam terlibat perlombongan haram, pengubahan wang haram RM1.8 juta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan haram serta pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM1.8 juta di Raub, Pahang.

Penahanan ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia antara 40-an hingga 60-an itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang di Bentong, Pahang, semalam.

Menurut sumber, modus operandi sindiket ialah melakukan kegiatan perlombongan di luar kawasan perlombongan yang ditetap serta dibenarkan kepada syarikat mereka. 

Kata sumber itu, mereka melakukan kegiatan perlombongan ini pada lewat petang hingga ke malam agar tidak dapat dikesan oleh pihak penguat kuasa serta cuba menyogok pihak berkuasa sekiranya kegiatan tersebut diketahui.

“Sehubungan itu, enam jentera pengaut dan “dumper truck” juga dipercayai disita,” katanya.

Tambah sumber, suspek-suspek ini melakukan kegiatan ini sejak tiga tahun lalu dan pernah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, namun, mereka masih berdegil  untuk melakukan perbuatan tersebut.

Difahamkan, akibat kegiatan perlombongan haram berkenaan, kerajaan negeri Pahang mengalami kerugian kira-kira RM4.7 juta.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut.

Jelas beliau, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan tersebut sejak tiga minggu lalu sebelum melancarkan operasi tersebut, semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN