1MDB, anak syarikat peroleh kebenaran tuntut RM12.9b

1MDB, anak syarikat peroleh kebenaran tuntut RM12.9b

Jaminan pinjaman 1MDB bernilai RM18.17 sehingga akhir 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak-anak syarikatnya berjaya mendapatkan kebenaran untuk memulakan tindakan bagi menuntut AS$2.795 (RM12.9 bilion) daripada Eric Tan Kim Loong yang merupakan salah seorang sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Kebenaran untuk meneruskan tindakan tersebut diberikan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Haneefa Arifin. Perkara itu dimaklumkan peguam Siva Kumar Kanagasabai ketika dihubungi media hari ini.

Kebenaran tersebut perlu diperolehi terlebih dahulu memandangkan Kim Loong telah diisytiharkan bankrap 14 Jun 2022 oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Eric Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Eric Tan, Hock Peng dan Taek Szen. 

Nama Kim Loong pernah disebut sewaktu perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta syarikat SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut kenyataan Kim Loong yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 29 November 2015, lelaki itu menyatakan pernah menyalurkan wang berbilion ringgit ke akaun Najib di antara 2011 hingga 2015 melalui beberapa syarikat miliknya namun tidak mengetahui punca wang tersebut.

Namanya juga pernah disebut dalam perbicaraan bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jia Wei yang dihukum penjara 54 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram dan penipuan berkaitan dengan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya