KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak termasuk dalam senarai lebih daripada 10 nama yang didakwa memohon untuk menyertai Pas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zuraida berkata, beliau mengutamakan agenda yang akan dibawa badan bukan kerajaan (NGO) dalam Muafakat Nasional (MN). “Saya belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat. “Namun, sebagai Timbalan Pengerusi MN saya amat komited dalam melaksanakan apa sahaja agenda dan perjuangan MN,” katanya ketika dihubungi. Semalam, media melaporkan Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan bekas Ahli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya