Upah Haji: Orang ramai harus berhati-hati

Upah Haji: Orang ramai harus berhati-hati

SERAMAI 160 petugas haji Lembaga Tabung Haji Musim Haji 1444H/2023M berlepas ke tanah  bagi membuat persediaan awal untuk menyantuni jemaah haji Negara.  Keberangkatan semua petugas dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini. - IHSAN TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran badal haji atau upah haji berikutan peningkatan kes penipuan melibatkan perkara itu.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menjelaskan, setiap individu dari luar Mekah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, beliau juga memaklumkan penduduk tempatan di Mekah perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“TH akan terus mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Tawaran badal haji jika sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji.

“Harganya paling rendah adalah sekitar 4,000 Riyal (RM4,800) dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji,” katanya dalam kenyataan.

Syed Saleh juga menegaskan TH dan anak-anak syarikatnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN