Unit Pusat TVET selaras pengambilan pelatih bermula sesi Julai - Utusan Malaysia

Unit Pusat TVET selaras pengambilan pelatih bermula sesi Julai

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyaksikan pertukaran dokuman antara Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, Razali Mahmud (lima, kanan) dan Pengurus Besar Seri Pacific, Azhar Mohammad (lima, kiri) pada Majlis MoA di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengambilan pelatih baharu di 1,290 pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara akan diselaraskan sebuah sekretariat tetap dikenali Unit Pusat TVET bermula pada sesi Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tersebut yang melibatkan penyertaan 12 Kementerian di bawah penyeliaan Kementerian Sumber Manusia dan diselaraskan Majlis TVET Malaysia.

Menurutnya, penyelaras yang dilakukan unit berkenaan akan dapat mengelakkan berlaku pertindihan kursus TVET yang ditawarkan di pusat-pusat latihan tersebut.

Pada masa sama, katanya, isu perebutan pelatih baharu di pusat latihan tersebut juga dapat diatasi, selain masalah kadar kebolehpasaran pelatih selepas menamatkan latihan.

“Sebanyak 12 kementerian terlibat juga menyelaraskan peluang pekerjaan 100 peratus kepada pelatih TVET yang menamatkan latihan kemahiran.

“Paling penting, gaji minimum untuk kelulusan TVET mesti dinaikkan di atas garis kemiskinan supaya kita akan dapat mengambil hanya pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kolej Ketengah Sdn. Bhd. dengan Eastern Steel Sdn. Bhd. dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Dr. Ahmad Said.

Ahmad Zahid memberitahu, pada masa ini, seramai 257,000 pelatih yang sedang mengikuti latihan di TVET di seluruh negara bakal memasuki pasaran kerja.

Namun, katanya, setakat ini, hanya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mempunyai kebolehpasaran setinggi 98.4 peratus berbanding di bawah 70 peratus di TVET lain.

“Masalah itu perlu ditasi dan majlis TVET Malasyia akan berusaha memastikan pencapanan pasaran buruh pelatih TVET di seluruh negara mencapai 100 peratus serta meriah pendapatan lumayan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.