Tindakan Bainun kepada Bella kejam

Tindakan Bainun kepada Bella kejam -Hakim

SITI Bainun Ahd. Razali (tengah) hadir bagi keputusan berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali terhadap remaja perempuan sindrom down, Bella adalah satu perbuatan kejam.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, tertuduh itu perlu diberikan hukuman yang berat bagi memberikan peringatan dan isyarat kepada masyarakat di luar sana bahawa kesalahan jenayah seperti ini tidak boleh dilakukan sama sekali.

Katanya, Siti Bainun adalah seorang aktivis masyarakat yang sering terlibat dengan kebajikan kanak-kanak, sewajarnya lebih tahu dan memahami tanggungjawab yang ada padanya.

“Ia perlu digalas sebaik mungkin, bukan menyalahgunakan dan melanggar amanah yang diberikan.

“Maka, hukuman yang berat perlu dikenakan bagi memastikan public interest (kepentingan awam) diberikan perhatian yang lebih dan sewajarnya,” katanya dalam sebelum menetapkan hukuman terhadap tertuduh.

Mahkamah Sesyen di sini kemudian memutuskan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun setelah didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Pada masa sama, Izralizam menambah kepentingan awam dalam kes ini adalah satu faktor yang beliau perlu tekankan dalam menetapkan hukuman.

Katanya, mahkamah dalam kes itu mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Bella adalah serius, malahan sehingga kini ia meninggalkan parut.

“Bella bukan sahaja diabaikan oleh tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk tersebut, malahan tertuduh juga terlbat dalam menganiaya Bella,” ujar hakim bicara itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN