Tembak rakan ketika memburu: Tempoh reman suspek disambung - Utusan Malaysia

Tembak rakan ketika memburu: Tempoh reman suspek disambung

MASLAN UDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Tempoh reman suspek yang ditahan selepas terlibat dalam kejadian seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia terkena tembakan ketika memburu dalam kejadian di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang, di sini pada 24 April lalu disambung seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin, selepas direman selama enam hari sehingga semalam, tempoh reman lelaki berusia 52 tahun itu disambung lagi sehingga 7 Mei ini.

“Ia bagi membolehkan polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya ketika dihubungi.

Media pada 28 April lalu melaporkan suspek ditahan polis selepas dia menyerah diri di Balai Polis Titi dekat sini lebih kurang pukul 8.30 malam pada 24 April lalu dan memaklumkan dirinya telah tertembak rakannya sendiri semasa memburu di kawasan hutan berkenaan.

Siasatan polis mendapati suspek bersama mangsa telah masuk ke kawasan hutan tersebut dengan membawa senjata api buatan sendiri bagi memburu.

Semasa sedang memburu, suspek telah melepaskan tembakan kepada mangsa yang disangkanya seekor kijang mengakibatkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan itu, suspek telah ditangkap dan pihak polis turut merampas selaras senjata api disyaki buatan sendiri serta beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN