Suspek larikan durian ditahan - Utusan Malaysia

Suspek larikan durian ditahan

LELAKI yang ditahan di tepi jalan Taman Desa Baiduri, Kulai kerana disyaki melarikan buah durian yang dijual oleh seorang peniaga berhampiran bulatan Mardi di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lelaki yang memperdayakan seorang penjual durian di Jalan Kluang -Kota Tinggi berhampiran bulatan Mardi kelmarin berjaya ditahan di tepi jalan Taman Desa Baiduri, Kulai tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 12.30 tengah malam bersama kenderaan pacuan empat roda berwarna putih seperti dilaporkan serta buah durian seberat kira-kira 80 kilogram. 

Suspek ditahan kerana dipercayai mempunyai ciri-ciri yang dilaporkan oleh pengadu selepas kejadian pada pukul 5.20 petang, kelmarin.

“Mengikut keterangan pengadu, suspek datang ke gerai sebelum membuat tawaran untuk membeli semua buah durian yang dijual di gerainya. 

“Selepas membuat rundingan dan harga jualan dipersetujui,  proses menimbang semua buah dilakukan sebelum raja buah itu dimuat naik ke dalam kenderaan yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selepas semua proses hampir selesai dan jumlah jualan bernilai RM2,500 dinyatakan, suspek terus masuk dalam kenderaan dan meninggalkan pengadu tanpa membuat sebarang bayaran. 

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau, iaitu empat jenayah dan enam dadah. 

“Siasatan masih diteruskan dan suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 31 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya