Sukan SEA 2023: pertukaran tiga menteri punca gagal capai

PARLIMEN: Sukan SEA 2023: Pertukaran tiga menteri punca gagal capai sasaran

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan Kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini yang didakwa berkaitan ketidakstabilan politik disebabkan negara menyaksikan pertukaran tiga menteri semasa pentadbiran Kabinet terdahulu. 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, akibat pertukaran menteri sepanjang empat tahun itu menyebabkan dasar-dasar sukan negara menjadi tidak menentu sehingga menyebabkan peruntukan yang sepatutnya diguna untuk keperluan para atlet negara terjejas. 

Dalam pembentangan sidang Dewan Rakyat hari ini, Hannah menyebut tiga menteri bertukar iaitu sejak Mei 2013 iaitu Khairy Jamaluddin yang hanya mempunyai 61 bulan persiapan sukan negara, diikuti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (20 bulan sebelum Langkah Sheraton); Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (18 bulan) manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkhidmat hanya 16 bulan. 

Jelas Hannah, di dalam butiran Bajet 2022 yang dibentang pada Oktober 2021, tidak ada yang menyatakan kerajaan memberi peruntukan untuk program Podium 2022 sehingga menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan pertama 2022. 

“Saya sudah jangka soalan ini akan timbul. Apabila saya cakap ketidakstabilan politik, inilah peluang untuk saya jelaskan. Jangan ketawa, sebab saya ada fakta untuk buktikan pencapaian atlet kita terganggu. 

“Antaranya Sukan SEA Vietnam, Commonwealth Games, Birmingham Games, ASEAN Games dan untuk China untuk tahun ini, Asia Games. Kesannya, seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus diberi untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah Podium. 

“Pada masa sama, MSN terpaksa mengagih dan menggunakan dana dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet dan gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan untuk tidak menjejaskan prestasi atlet dalam latihan. 

“Dalam empat tahun dan menteri juga bertukar-bertukar, ada penukaran ahli lembaga pengarah lagi, bajet juga dan fokus kementerian terjejas,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari [Pas-Pasir Mas] yang meminta Hannah menjelaskan kenyataannya bahawa ketidakstabilan politik punca pencapaian buruk Malaysia di Sukan SEA di Kemboja 2023.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, keadaan semakin berlarutan untuk Januari hingga Februari 2022 yang mana kementerian mengambil inisiatif memohon kepada Kabinet untuk mendapatkan peruntukan Podium dan ia dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). 

Katanya, sebanyak RM240 juta diperuntukkan dari tahun 2022 sehingga 2025 iaitu RM60 juta setahun. 

“Setiap kali ada perubahan seperti ini, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih tertangguh kerana bajet ini tiada dan memberi kesan pada latihan mereka…ada yang perlu ke luar negara. 

“Saya ada berbincang dengan atlet. Benar, dalam empat tahun ini menteri kita sibuk berpolitik dan negara jiran kita maju ke hadapan. Saya boleh sahaja meletakkan semua beban jawapan dan alasan pada Persatuan Sukan Kebangsaan, tetapi, saya percaya ia tindakan tidak bertanggungjawab. 

“Saya tidak kata semua (kegagalan negara) adalah sebab ketidakstabilan politik, tetapi kita mesti mengakui dalam empat tahun ini selepas Langkah Sheraton memang banyak usaha kerajaan lakukan untuk membantu. Namun, ekonomi, pendidikan semuanya terganggu kerana ketidakstabilan politik,” katanya. 

Dalam sidang akhbar mengenai rangkuman prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja baru-baru ini, Hannah memberitahu kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja turut berkait dengan ketidakstabilan politik negara yang menyaksikan perancangan dan persiapan atlet terjejas.

Menyelar dakwaan Hannah, Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA, Neow Choo Seong berkata, beliau cuba menegakkan benang yang basah. 

Hal ini kerana, katanya, hakikatnya, dunia melihat kedudukan Malaysia pada Sukan SEA kali ini terburuk dalam sejarah.

Malaysia menghuni kedudukan ketujuh dalam senarai kutipan pingat Sukan SEA 2023 setelah mengumpul 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.

Dalam sejarah Sukan SEA, kutipan pingat terbesar kontinjen negara biasanya hadir daripada sukan olahraga dan renang, tetapi sejak beberapa temasya dan yang terbaru di Kemboja, kedua-dua sukan tersebut gagal berbuat demikian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya