KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menyatakan terdapat kecenderungan untuk pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali melakukan kesalahan sama kerana wanita itu terlibat dalam kerja-kerja amal melibatkan kanak-kanak. “Salah satu alasan pemohon (Siti Bainun) untuk menggantung hukuman penjara ialah dia bergiat aktif dengan kerja-kerja amal. “Mahkamah memutuskan bahawa bukanlah satu keadaan khas yang mewajarkan pemohon untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman. Tanpa pemohon pun, kerja-kerja amal tidak terhenti atau…










