Sanusi mohon maaf kepada Mahfuz

Sanusi mohon maaf kepada Mahfuz

KENYATAAN permohonan maaf Sanusi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung fitnah dilakukannya terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Muhammad Sanusi menerusi laman Facebooknya pagi ini iaitu platform sama digunakannya untuk memuat naik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Menurut Muhammad Sanusi, kenyataan maaf itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021. 

“Pada 30 Julai 2019, saya membuat satu hantaran di Facebook ini menyentuh isu perpindahan premis judi dari Alor Setar ke Pokok Sena. 

“Saya menyatakan bahawa pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan kerajaan ketika itu sudah pudar sensitivitinya kerana perpindahan premis berkenaan berlaku ke kawasan majoriti Islam di Kedah tanpa sebarang halangan sehingga isu tersebut ditimbulkan masyarakat setempat dan saya, empat bulan selepas kelulusan diberikan Kementerian Kewangan. 

“Berikutan saman fitnah difailkan Mahfuz berkaitan hantaran Facebook tersebut, Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan pada 3 April lalu memutuskan bahawa hantaran Facebook saya itu merupakan satu fitnah terhadap Mahfuz dan saya diperintahkan memohon maaf,” katanya. 

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat permohonan maaf kepada Mahfuz terhadap kenyataan yang dibuat dalam hantaran Facebook tersebut. 

Pada 3 April lalu, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Wong Kian Kheong turut membenarkan rayuan balas Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM120,000. 

Panel hakim sama menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz. 

Sementara itu, Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan, beliau akan meminta peguamnya untuk menyemak permohonan maaf tersebut sama ada menepati perkara diperlukan. 

“Berkenaan wang RM120,000 itu, hingga semalam, saya masih belum terima lagi. Semalam, saya ada berhubung dengan peguam dan beliau memaklumkan, peguam Muhammad Sanusi baru saja menghubunginya mengenai hal tersebut. 

“Saya pun tertanya-tanya juga kerana Muhammad Sanusi pada 6 Mei menyatakan yang beliau sudah membuat menyerahkan wang tersebut kepada peguamnya kira-kira seminggu sebelum itu. Tetapi setakat semalam, saya masih belum menerima wang tersebut,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya