PRN: Anak Kelantan di perantauan perlu berani menukar pentadbiran

PRN: Anak Kelantan di perantauan perlu berani menukar pentadbiran

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantauan perlu berani menukar pucuk pentadbiran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membawa perubahan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini hanya mampu menabur janji setiap kali pilihan raya untuk mengula-gulakan rakyat bagi memastikan tampuk pemerintahan terus kekal.

“Hakikatnya, mereka (kerajaan negeri) gagal melaksanakan tugas mentadbir sebagaimana mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

“Anda (rakyat) boleh dilihat dan nilai sendiri kegagalan tersebut dalam banyak perkara seperti kemudahan asas, sosioekonomi dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azmawi memberitahu, melihat kepada situasi itu kerajaan negeri hari dilihat seolah selesa dengan pentadbiran mereka dengan menjadikan pelbagai alasan sebagai medium meraih simpati terus kekal mentadir Kelantan.

Katannya, mereka menjadikan Kerajaan Pusat sebagai ‘punching bag’ dalam meraih simpati perantau sekali gus menyembunyikan kegagalan pentadbiran mereka.

“Lihatlah kegagalan mereka dalam menarik pelaburan baharu bagi mencipta peluang pekerjaan yang baik untuk anak muda dan ini hanyalah sebahagian sahaja,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pas menyeru anak-anak Kelantan di perantauan untuk pulang mempertahankan kemenangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN ltidak lama lagi sebagaimana yang diterjemahkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan padu daripada anak perantauan amat diperlukan bagi memastikan kejayaan kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRN terus menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran di bumi serambi Mekah ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN