Polis kesan penunggang motosikal rempuh kereta

Polis kesan penunggang motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kereta dipandu warga emas di sebuah persimpangan di Batu 6, di Jalan Gombak Lama, di sini, kelmarin.

Kejadian pada pukul 2 petang itu berlaku semasa kereta dipandu lelaki berusia 87 tahun berkenaan keluar dari simpang menghala ke Gombak, dari Kampung Kerdas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan hendak keluar dari simpang sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal yang datang dari arah kanan.

Kereta berkenaan kemudian terbabas ke kiri jalan akibat rempuhan itu manakala penunggang motosikal terbabit tercampak ke atas jalan raya.

“Bagaimanapun, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun, penunggang motosikal berkenaan masih gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kejadian itu tular selepas klip video berdurasi 50 saat dimuat naik di Facebook semalam yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis terletak di tepi jalan.

Video itu memaparkan kereta berwarna biru dipandu warga emas terbabit keluar dari simpang sebelum dirempuh sebuah motosikal menyebabkan penunggangnya terpelanting ke hadapan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) LN166/5943(1) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan diminta tampil ke balai berdekatan.

“Saksi kejadian juga boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azamil di 0196004104 atau 0361262222 untuk tindakan lanjut,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya