Polis Johor buru suspek lempar objek seperti bom - Utusan Malaysia

Polis Johor buru suspek lempar objek seperti bom

POLIS memburu seorang lelaki yang disyaki membaling objek seperti 'bom' di sebuah restoran di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu seorang individu yang melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua rakaman video tentang kejadian ilpada pukul 4.15 pagi kini tular dalam media sosial.

“Pengadu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

“Polisi masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi hotline IPD JBS 07-2182323 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie menerusi talian 011-35202900,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN