Pertimbang ambil alih konsesi lebuh raya bila kewangan negara baik  - Utusan Malaysia

Pertimbang ambil alih konsesi lebuh raya bila kewangan negara baik 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbang cadangan  mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha menghapuskan tol apabila kewangan negara bertambah baik.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat masa ini cadangan tersebut belum dilaksanakan dan hanya ke arah itu apabila kewangan negara baik.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam. 

Alexander menjawab soalan Rushdan Rusmi [PN-Padang Besar] yang meminta kerajaan menyatakan strategi kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan  tol di lebuh raya dan usaha-usaha yang dilakukan  ke arah itu.

Sementara itu, Alexander menegaskan kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada agenda untuk menangani kos kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN