Penyerang tumpul, benteng rapuh hantui TRW - Utusan Malaysia

Penyerang tumpul, benteng rapuh hantui TRW

MOHAMAD Fazrul Amir Md. Zaman (kanan) cuba merampas bola dari kawalan pemain PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC Frank Bernhardt mendedahkan ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertahanan menjadi punca utama pasukannya terus kempunan meraih kemalangan dalam aksi Liga Super sejak mengemudi The Red Warriors (TRW) lima perlawanan lalu. 

Dedah Bernhardt lagi, sepanjang mengendalikan TRW dia belum pernah melihat penyerang pasukan itu menghasilkan jaringan dan kebanyakan gol tersebut daripada pemain tengah seperti Miguel Cifuentes.

“Kita mempunyai barisan pertahanan yang lemah dan penyerang-penyerang pula kurang berkualiti serta tidak mampu menjaringkan gol. 

“Itu juga antara masalah dihadapi pasukan ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Kelantan FC dengan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu Kelantan FC terus menjadi ‘lauk’ selepas dibelasah PDRM FC 1-4 di hadapan penyokong sendiri.

Gol-gol kemenangan PDRM FC dijaringkan oleh Marcus Papee Macauley (minit ke-15), Mohamad Nabil Ahmad Latpi (minit ke-33), Uche Agba (minit ke-65) dan Bruno Suzuki (minit ke-90), sementara gol saguhati Kelantan dicetak oleh Cifuentes sebelum tamat perlawanan.

Bernhardt memberitahu, dia bersama barisan jurulatih tidak mempunyai masalah komunikasi bersama barisan pemain TRW.

Katanya, dia mempunyai penolong jurulatih yang akan turut berinteraksi dengan pemain dalam Bahasa Melayu atau bahasa yang boleh difahami semua pihak semasa latihan dan perlawanan.

“Saya tidak rasa ada masalah antara kami (jurulatih) dan pemain. Aspek komunikasi juga tidak sepatutnya menjadi faktor besar dan saya rasa isunya lebih kepada permasalahan ‘mindset’ dalam kalangan pemain.

“Dalam kebanyakan perlawanan saya perhatikan kadangkala pemain gagal mengikut perancangan taktikal, strategi dan arahan jurulatih sebaliknya bermain mengikut cara mereka sendiri,” ujarnya.

Selepas mengharungi 12 perlawanan, Kelantan FC terus menghuni tangga kedua tercorot di Liga Super dengan mengumpul empat mata.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya