Pensyarah USIM terima anugerah kerajaan Jepun - Utusan Malaysia

Pensyarah USIM terima anugerah kerajaan Jepun

ZORAIDA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dekan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Madya Dr. Zoraida Mustafa dianugerahkan Dekorasi Imperial Order Of The Rising Sun, Gold and Silver Rays oleh kerajaan Jepun baru-baru ini.

USIM menerusi kenyataan memaklumkan, anugerah tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan Zoraida dalam bidang pendidikan dengan mempromosikan pendidikan bahasa Jepun di negara ini dan persefahaman bersama antara Jepun dan Malaysia.

“Dr. Zoraida telah terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk mempromosikan pendidikan bahasa Jepun serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun serta telah mengajar bahasa Jepun di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya sejak 1996. 

“Selepas berpindah ke USIM, beliau memulakan unit bahasa Jepun dan berkhidmat sebagai Ketua Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun. 

“Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (Majlis) yang pertama dan aktif mempromosikan rangkaian dalam kalangan pengamal bahasa dan budaya Jepun,” kata kenyataan itu lagi,

Kerajaan Jepun baru-baru ini telah mengumumkan penerima Dekorasi Imperial Nasional Asing oleh Maharaja Jepun untuk Anugerah Musim Bunga 2023 bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka kepada hubungan Jepun-Malaysia. 

Turut menerima pengiktirafan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa yang dianugerahkan The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.