Pecah Amanah RM24.8 juta, penolong akaun Kesedar ditahan

Pecah Amanah RM24.8 juta, penolong akaun Kesedar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Polis menahan seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) selepas disyaki terbabit dengan kes pecah amanah yang membabitkan kerugian nilai kira- kira RM24.8 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 37 itu ditahann di rumahnya di bandar Gua Musang pada 12.21 tengah malam tadi.

Menurutnya, suspek ditahan susulan laporan yang dibuat berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan, Kesedar melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.

“Hasil siasatan awal yang dibuat oleh pihak polis, kejadian salah laku ini telah dilakukan oleh suspek sejak tahun 2016 hingga Mei 2023.

“Suspek telah membuat pemindahan wang dari akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat milik suspek dengan jumlah keseluruhan transaksi sebanyak RM 24.8 juta yang melibatkan 194 transaksi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan akaan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya