Malaysia perlu lebih ramai tenaga mahir aeroangkasa

Malaysia perlu lebih ramai tenaga mahir aeroangkasa

TENGKU ZAFRUL Tengku Abdul Aziz bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian B6 milik CTRM di Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam sektor aeroangkasa bagi memenuhi keperluan industri.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembangunan modal insan merupakan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya seiring perkembangan pesat industri.

Jelas beliau, selain insentif dan kemudahan infrastruktur yang baik, para pelabur turut mempertimbangkan jumlah tenaga kerja mahir dalam sesebuah negara.

“Salah satu isu adalah adakah Malaysia mempunyai bakat yang mencukupi untuk industri? Dari sini semakin banyak syarikat bersama pihak universiti menjalin kerjasama untuk menawarkan kursus atau diploma berkaitan industri aeroangkasa.

“Kita bersama KPT akan berusaha memastikan bekalan bakat sentiasa mencukupi. Aspek ini menjadi satu kelebihan yang kompetitif kepada negara sebagai destinasi pelaburan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bangunan 6 (B6) milik Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) di Batu Berendam di sini, hari ini.

Tambah Tengku Zafrul, pembangunan bakat itu bukan hanya untuk sektor aeroangkasa sahaja tetapi melibatkan industri berteknologi tinggi yang lain.

Katanya, Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) turut bekerjasama erat dengan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan negara mempunyai bakat yang tepat dan relevan dengan kehendak semasa.

“Formalisasi hubungan antara industri dan institusi yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan akan membawa limpahan positif untuk negara kita. Kita kena pastikan bakat yang keluar adalah relevan dan diperlukan industri.

“Contohnya CTRM bekerjasama dengan universiti dan KPT untuk menghasilkan bakat yang mereka mahukan. Begitu juga syarikat yang perlu bekerja erat dengan komuniti R&D supaya mereka menghasilkan apa yang diperlukan syarikat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya