Lombong haram nadir bumi. Muda gesa lakukan penilaian impak alam sekitar - Utusan Malaysia

Lombong haram nadir bumi. Muda gesa lakukan penilaian impak alam sekitar

NOOR FADZLI SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan menggesa supaya kerajaan Negeri Sembilan untuk melakukan penilaian impak alam sekitar terhadap kawasan berlakunya aktiviti perlombongan haram nadir bumi di Kampung Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah.

Ketua Biro Kelestarian Muda Negeri Sembilan, Noor Fadzli Shah berkata, ia bertujuan untuk menilai sama ada berlaku pencemaran dan apakah tahap keselamatan di sekitar tempat perlombongan berkenaan.

“Hal ini penting untuk mengelakkan sebarang ancaman atau bahaya yang tidak diingini kepada penduduk dan ekosistem setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan satu aktiviti perlombongan haram nadir bumi ditemukan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah pada 16 Mei lalu melalui aduan yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Beliau berkata, susulan penemuan tersebut, siasatan bersepadu oleh telah dijalankan dan mendapati wujud aktiviti perlombongan dengan menggunakan peralatan yang menjurus kepada perlombongan nadir bumi di atas dua lot tanah milik.

SEBAHAGIAN lokasi aktiviti perlombongan haram nadir bumi yang ditemukan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di Wisma Negeri hari ini, Menteri Besar memberitahu sama ada aktiviti perlombongan haram nadir bumi itu memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar, ia hanya akan diketahui selepas siasatan lanjut dilakukan.

Noor Fadzli dalam pada itu menambah, kejadian berkenaan dilihat tidak sepatutnya berlaku dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan masyarakat dan ekosistem setempat.

“Oleh itu, Muda Negeri Sembilan bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan negeri yang akan menyiasat dan mengenakan hukuman terhadap mereka yang terlibat,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya