LANGKAWI: Persembahan jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa dinanti-nantikan penduduk pulau ini yang mahu menyaksikan kehebatan anak tempatan Langkawi mempamerkan kemampuan mengendalikan pesawat tersebut. Leftenan Kolonel Mohd. Norazan Othman, 44, merupakan anak kelahiran pulau legenda itu. Mohd. Norazan yang menggunakan gelaran Sting sebagai call sign dalam TUDM berkata, beliau mengambil masa selama sebulan untuk melakukan latihan aerobatik. Menurutnya, kebanyakan pasukan aerobatik lain berbeza dengan TUDM kerana…