Konspirasi dorong seleweng diesel?

Konspirasi dorong seleweng diesel?

SEKTOR perikanan negara boleh rugi berbilion berikutan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketirisan diesel bersubsidi kepada nelayan yang mengakibatkan kerugian berbi­lion ringgit didakwa berpunca akibat kawal selia kerajaan yang lemah dan longgar.

Ini berpunca daripada lambakan pusat jualan diesel (PJD) swasta yang berkolaborasi dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang dikesan menjual bahan api bersubsidi itu sewenang-wenangnya.

Satu sumber agensi yang ditemui Utusan Malaysia semalam men­dedahkan, pihaknya me­ngesan salah laku PJD banyak berlaku di Pe­rak dan Sabah.

Menurut sumber, di seluruh negara terdapat 48 kompleks pendaratan ikan milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta 351 jeti-jeti pendaratan ikan milik kerajaan.

Daripada jumlah itu, kata sumber, dianggarkan 50 peratus daripada seluruh jeti pendaratan ikan tersebut menempatkan PJD yang dibangunkan dengan campur tangan pihak swasta yang langsung tidak dipantau dari segi penjualan diesel kepada nelayan.

“Daripada semua jeti ini, memang langsung tiada pegawai khusus LKIM yang memantau penjualan minyak diesel bersubsidi kepada nelayan.

“Sebaliknya yang LKIM ada cuma kakitangan yang memungut data pengisytiharaan pendaratan ikan sahaja di jeti-jeti. Mereka cuma mengumpulkan data saja, namun tiada kuasa untuk memantau penjualan minyak diesel tadi.

“Kesannya, penyelia jualan minyak (PJM) yang dilantik oleh Persatuan Nelayan (PN) bo­leh menjual minyak sewenang-wenangnya kepada se­siapa sahaja yang memer­lukan bahan api itu,” kata sumber di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN