Kemarau: Kada terpaksa anjak jadual penanaman

Kemarau: Kada terpaksa anjak jadual penanaman

MOHD. Faizul Mustafa (dua kanan) memantau keadaan pam seselam yang berada di Stesen Pam Air Kemubu, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) terpaksa menganjakkan jadual penanaman padi musim satu untuk tahun 2023 seminggu daripada perancangan asal susulan kemarau yang sedang melanda negeri ketika ini.

Pengerus Besarnya Mohd. Faizul Mustafa berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada Kada melakukan persiapan termasuk menyediakan pam seselam di Stesen Pam Air Kemubu bagi memastikan petani-petani di bawah selian agensi tersebut mendapat bekalan mencukupi untuk mengusahakan sawah padi masing-masing.

“Kita akan bergerak dengan kapasiti lima buah pam seselam di stesen ini. Selain itu kita membekalkan pam mudah alih dan ‘backwork pump’ kepada para petani. Keseluruhannya Kada mempunyai bekalan 17 ‘booster pump’, 215 pam mudah alih, 45 ‘backwork pump’ dan empat pam hidrolik.

“Pada masa sama, Kada akan menambah bilangan pam mudah alih dan ‘backwork pump’ kepada Kawasan-kawasan yang mempunyai sumber air untuk dipam ke sawah-sawah padi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan menghadapi musim 1/2023 di Stesen Pam Kemubu, di sini hari ini.

Mohd. Faizul memberitahu, Kada turut membina telaga-telaga tiub di kawasan tiada punca air yang mana 43 telah siap dibina manakala 61 telaga sedang dalam proses pembinaan.

Katanya, agensi tersebut turut membekalkan petrol serta diesel kepada para petani dengan kuantiti 50 liter seminggu dan akan mencuba mendapatkan peruntukan bagi memperbanyakan pembinaan telaga tiub pada musim 1/2023.

“Kini harapan pihak Kada adalah supaya petani-petani memberi kerjasama dengan mengikuti penjadualan penanaman padi yang disediakan supaya mereka tidak berdepan masalah banjir pada hujung musim. 

“Dengan semua persiapan yang dilaksanakan kita rasa tiada lagi alasan bagi para petani untuk tidak mengerjakan sawah padi masing-masing,” ujarnya.

Mohd. Faizul memberitahu,  pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai pengembangan kawasan untuk membuat pemantauan dan memberikan maklumat kawasan yang mempunyai sumber air untuk Kada membantu menyelamatkan tanaman padi musnah akibat kemarau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya