Kerajaan komited jamin kebebasan media - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan komited jamin kebebasan media – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited menjamin kebebasan media untuk melakukan liputan secara terbuka di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain memastikan kebebasan media, kerajaan juga akan memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik.

Menurut beliau, Malaysia antara negara yang tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara lain dalam aspek kebebasan media.

“Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 berbanding sebelumnya pada kedudukan ke-119 dan menduduki kedudukan yang tertinggi antara kalangan negara tetangga di ASEAN,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan kementeriannya sedang meneliti draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media bagi memartabatkan kebebasan media.

“Indeks tersebut adalah pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara, ia juga menjadi pemangkin untuk kita terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.

“Kementerian Komunikasi Dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf RUU Majlis Media sebelum ia dibawa ke Jemaah Menteri. InsyaAllah akan ada beberapa pengumuman baik buat para pengamal media menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN