KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka pelbagai usaha termasuk mengadakan perbincangan dengan bank pelaburan global, Goldman Sachs untuk mendapatkan kembali aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani antara lain berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam aspek penangkapan individu-individu yang terbabit dengan skandal syarikat pelaburan strategik itu. Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, Pasukan Petugas 1MDB hanya menumpukan usaha untuk mendapatkan kembali aset milik…










