JDKM Kelantan rampas methamphetamine, ganja bernilai RM3.3 juta

JDKM Kelantan rampas methamphetamine, ganja bernilai RM3.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Kelantan merampas pil methamphetamine dan ganja bernilai RM3.3 juta yang diseludup masuk ke negeri ini sepanjang tempoh lima tahun bermula 2019 lalu.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 271,305 biji dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM2.7 juta telah berjaya dirampas selain 248 kilogram ganja manpat berjumlah RM620,000.

Menurutnya, kesemua rampasan tersebut dilakukan di lokasi berbeza yang melibatkan lapan kes berkait dengan penyeludupan bahan terlarang itu.

“Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan mendapati kesemua dadah-dadah itu dibawa masuk melalui sempadan negara di atas permintaan semasa.

“JKDM Kelantan sentiasa meningkatkan pemantauan dan rondaan serta risikan di semua pintu masuk dan sepanjang sempadan negara bagi mengekang penyeludupan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasaan di sempadan bagi membanteras penyeludupan dadah yang masuk ke dalam negara.

Katanya, JKDM Kelantan pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti penyeludupan dan akan di ambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan ke atas pelaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya