Industri tak bersedia terima graduan PhD - Utusan Malaysia

Industri tak bersedia terima graduan PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelbagai industri di negara ini masih tidak bersedia ‘menerima’ graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bekerja berikutan masih terdapat syarikat yang menggajikan kumpulan tersebut dengan kadar rendah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, ia menyebabkan golongan belia memilih pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Menurutnya, pelajar akan menyambung pengajian pada peringkat tertinggi jika peluang pekerjaan dan kadar gaji yang munasabah diberi kepada mereka, namun perkara tersebut sukar berlaku.

“Jika industri menyambut baik saranan kerajaan merealisasikan sasaran tersebut, lebih ramai pelajar berlumba-lumba melanjutkan pelajaran ke tahap PhD.

“Ini sebab pandangan pelajar melanjutkan pelajaran untuk be­kerja, tetapi jika kita lihat sekarang yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda seumpama­nya pun menghadapi kesukaran mencari peluang pekerjaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini melaporkan, sasaran 60,000 graduan PhD tidak realistik dan menjadi punca ia gagal dicapai tahun ini.

Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Tinggi mendapati nilai kumulatif keluaran PhD dalam negara daripada 2015 hingga 2021 adalah 17,379 orang manakala Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025 menyasarkan 60,000 graduan menjelang 2023.

Kamarul Baharin berkata, ia perlu diteliti dengan lebih serius oleh kerajaan dan industri kerana sekiranya sasaran tersebut terus gagal dicapai akan menyebabkan negara berhadapan kesan negatif dalam 10 tahun akan datang.

“Kini kita dapati banyak yang lebih memilih bekerja dalam industri gig ekonomi berbanding melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Ia menyebabkan negara bakal berdepan situasi ketiadaan dan kekurangan pakar serta individu berkemahiran di dalam pelbagai bidang memandangkan tiada galakan menyambung pelajaran apabila industri masih menawarkan gaji yang rendah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya