KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kerja sosial sebagai hukuman alternatif serta tidak lagi hanya terikat kepada denda dan penjara bagi kesalahan jenayah syariah. Itu antara syor penambahbaikan aspek hukuman yang dikemukakan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dalam usaha memartabat dan meningkatkan Mahkamah Syariah secara menyeluruh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar berkata, pelaksanaan hukuman alternatif yang kini dalam proses penelitian pihaknya itu, akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Penjara. Katanya, ia selaras dengan peruntukan melalui Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461). “Dalam hal ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya