Guru besar ditahan minta rasuah lebih RM10,000 - Utusan Malaysia

Guru besar ditahan minta rasuah lebih RM10,000

Azmi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Guru besar sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM10,000.

Menurut sumber, guru lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira pada pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin sekolah berkenaan sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN