Gagal kemuka penyata pendapatan, ahli perniagaan didakwa - Utusan Malaysia

Gagal kemuka penyata pendapatan, ahli perniagaan didakwa

GOH BOON CHAI didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan borang C bagi tahun taksiran 2019 hingga 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Gara-gara gagal mengemukakan penyata pendapatan borang C bagi taksiran tahun 2019 hingga 2021 melibatkan cukai pendapatan lebih RM500,000, seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini

Walau bagaimanapun, tertuduh, Goh Boon Chai, 58, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur Asidah A.Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Boon Chai yang merupakan pengarah sebuah syarikat perkayuan didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai sebanyak RM760,625 bagi cukai taksiran 2019, RM821,460 (2020) dan RM1.18 juta (2021) yang  sepatutnya dia membayar cukai sebanyak RM147.550  bagi tahun 2019, RM155,150.40 (2020), RM242,688.24 (2021) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia didakwa di bawah Seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda daripada cukai terkurang bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan peguam kanan LHDN, Mazlan Alias.

Mahkamah menetapkan 11 Juni ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN