Gaduh: Enam termasuk seorang wanita ditahan - Utusan Malaysia

Gaduh: Enam termasuk seorang wanita ditahan

TANGKAP layar rakaman video pergaduhan yang tular dalam Twitter di kawasan Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 24 hingga 35 tahun.

Pihak polis membuat tangkapan itu selepas mengesan satu video tular berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.40 malam semalam di kawasan Tampoi, di sini.

“Ekoran kejadian tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Terdahulu tular satu video pergaduhan berdurasi 28 saat dalam Twitter.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148, 365 dan 385 Kanun Keseksaan.

“Kita telah mengenal pasti beberapa suspek lagi yang dipercayai terlibat dan kini dalam proses tindakan mengesan mereka yang masih bebas.

“Pihak polis menasihatkan masyarakat supaya tidak mensensasikan isu yang boleh memberi implikasi terhadap keharmonian dan bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi serta tidak melakukan sebarang perbuatan melulu yang boleh dikenakan tindakan undang- undang,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut supaya menghubungi  pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Risman Sahid menerusi talian 019-7766043. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya