PETALING JAYA: Penggubalan dasar gaji progresif langkah terbaik buat rakyat dan pelan mencapainya tidak boleh sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Effendy Abdul Ghani berkata, gaji progresif adalah gaji munasabah dan bermaruh yang menang-menang untuk kerajaan, majikan dan pekerja. Menurut beliau, tindakan menggubal dasar itu menggambarkan kerajaan serius mahu membantu rakyat mendapat pendapatan setanding dengan pertumbuhan ekonomi. “Apabila ada pengumuman daripada Kementerian…










