Cuaca panas: Polis Kelantan teruskan operasi snap chek

Cuaca panas: Polis Kelantan teruskan operasi snap check

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menunjukkan air mineral yang dihasilkan oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Gua Musang, semalam.UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis Kelantan tetap meneruskan penugasan pemantauan keselamatan dengan mengadakan pemeriksaan rutin atau operasi ‘snap check’ secara bergerak seperti biasa meskipun cuaca panas sedang melanda negeri ketika ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, cuaca panas tidak mempengaruhi penugasan pihaknya malah segala perancangan yang sudah dibuat dilaksanakan seperti biasa mengikuti situasi.

“Penugasan Snap check tidak bermusim, musim panas atau musim biasa ia diteruskan dan jumlah mungkin bertambah dari masa ke masa. Cuma strateginya berbeza, ada kalanya nampak jelas dibuat, ada sesetengah akan jalankan melalui risikan dan pemeriksaan di tempat yang sepatutnya. 

“Sekarang ini strategi yang dibuat oleh penjenayah bermacam-macam. Contohnya dari segi pendatang asing tanpa izin (PATI) cara kemasukan dahulu dengan van yang besar, sekarang dia masuk secara kecil-kecilan. Kalau dulu dia terus sekarang ini dia ada tempat transit, jadi kita menggunakan merancang berdasarkan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya juga menggunakan tiga pendekatan sebagai usaha mengekang kemasukan PATI melalui sempadan negeri ini. 

“Pendekatan saya di Kelantan ialah tiga lapisan, iaitu di sempadan, diikuti Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Balai dan rondaannya dan sekatan jalan raya atau pemeriksaan rutin. 

“Sebagai contoh semalam tangkapan PATI (kelmarin) ini disembunyikan dalam satu kebun adalah kejayaan di lapisan kedua, Ketua Polis Balai mengetahui perkara ini dan terus membuat pemeriksaan,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut membuat permohonan kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)  untuk menambah bilangan kenderaan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). 

“Dahulu kita hanya dapat capai dalam 80 syif tapi sekarang kita dah pergi sampai lebih 100 syif. 

“Jadi saya rasa tambah kenderaan ini akan menyebabkan pemeriksaan kita akan jadi lebih dan kita akan tumpukan di kawasan sempadan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.