Beria ajak cari etak petanda ajal dua anak

Beria ajak cari etak petanda ajal dua anak

SITI Zubaidah Marikan menunjukkan gambar dua anaknya yang maut selepas ditemukan lemas semasa mencari etok di Sungai Tebing Tinggi, Bukit Kechil, Tanah Merah, Kelantan-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS:  Ibu kepada dua beradik yang lemas di Sungai Tebing Tinggi, Tanah Merah semalam tidak menyangka tindakan anak-anaknya itu yang beria-ria mengajak mencari etok di sungai terbabit menjadi petanda kepada pemergian mereka buat selamanya.

Siti Zubaidah Marikan Yassin, 45, berkata, Mohd. Fauzi Mat Yaacob, 29, dan Mohd. Syah Iskandar Abdullah,10, yang merupakan adik-beradik tiri mengajak bapa mereka, Mohd. Mat Yaacob Jusoh, 63, mencari etok selepas tidak puas makan kerang sungai itu sehari sebelum kejadian.

Menurutnya, kebiasaannya, dia hanya keluar bersama suami untuk mencari etok untuk dijadikan lauk apabila makanan itu digemari oleh seluruh ahli keluarganya. 

“Kedua-dua anak saya memaklumkan bahawa mereka tidak puas makan etok yang saya dan suami bawa pulang. Mereka beria-ria mengajak saya dan suami pergi semula ke Sungai Tebing Tinggi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari rumah kami.

“Semasa mencari etok, saya sempat melihat mereka berdua meminta pertolongan sebelum lemas. Saya masih trauma apabila melihat kedua-dua anak lemas di depan mata,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, Cetok di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, dua beradik tiri ditemukan lemas semasa mencari etok di Sungai Tebing Tinggi, Bukit Kecil semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Fauzi dan adiknya, Mohd. Syah Iskandar dipercayai pergi ke kawasan tersebut bersama keluarganya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN