Bahan letupan buatan sendiri meletup depan kedai   - Utusan Malaysia

Bahan letupan buatan sendiri meletup depan kedai  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga paip Polyvinyl Chloride (PVC) yang diubah suai menjadi bahan letupan meletup dalam kejadian di hadapan premis kedai di Tiara Mutiara 1 Off Jalan Puchong, Jalan Klang Lama, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu menyebabkan  pemilik kedai terlibat membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil siasatan  menemui tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan. 

Menurut  beliau, pemeriksaan pada paip PVC itu menemukan alat bahan letupan buatan sendiri (IED) kawalan jauh.

 “Siasatan pihak bomba, Unit Pemusnah Bom serta Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjumpai serpihan letupan di tempat kejadian dan tiga kesan cap jari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan  pergerakan imej dua individu.

Kata beliau,  kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya