TANJONG KARANG: Susulan cuaca panas di hampir semua negeri, sekolah-sekolah di seluruh negara dilarang mengadakan aktiviti di luar bilik darjah termasuk merentas desa. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pekeliling berhubung perkara itu berkuat kuasa pada Rabu lalu mesti dipatuhi semua guru besar dan pengetua di seluruh negara. Menurut beliau, keputusan larangan itu melibatkan semua kegiatan luar termasuk sukan, perkhemahan dan merentas desa. “Pekeliling ini membabitkan sesi persekolahan pada waktu pagi…










