20,000 orang banjiri Rumah Aidilfitri Negeri Sembilan, Malaysia Madani - Utusan Malaysia

20,000 orang banjiri Rumah Aidilfitri Negeri Sembilan, Malaysia Madani

ORANG ramai memenuhi pekarangan Wisma MBS di Forest Heights, Seremban yang menjadi lokasi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 20,000 orang membanjiri pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Forest Heights di sini yang menjadi lokasi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani.

Sebanyak 52 buah gerai makanan menyediakan pelbagai juadah termasuk sate, kambing golek, rendang maman, lemang daun lerek dan apam Johol disediakan kepada orang ramai yang hadir pada majlis yang bermula pukul 10.30 pagi itu.

Seorang peniaga, Noraziah Ariffin, 36, berkata, dia datang bersama keluarga dari Mambau di sini bagi merasai pengalaman kemeriahan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani. 

“Hari ini saya datang bersama suami dan anak-anak untuk merasai sendiri kemeriahannya. Saya keluar rumah seawal pukul 8.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Seorang suri rumah, R. Viki, 40, pula memberitahu, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada majlis tersebut.

”Memang teruja untuk berjumpa Perdana Menteri di depan mata sendiri. Saya hadir awal supaya tidak terlepas peluang ini selain dapat menikmati pelbagai juadah disediakan,” katanya lagi.

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud turut berangkat mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Anwar bersama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya