PRN: BN tak benar parti komponen bincang kerusi berasingan - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

PRN: BN tak benar parti komponen bincang kerusi berasingan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) bersalaman dengan orang ramai sambil diiringi Onn Hafiz dan Ahmad pada Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Johor di Kompleks Muafakat Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan parti komponennya mengadakan perbincangan secara berasingan yang melibatkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perbincangan itu hanya melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri-negeri berkenaan.

“Maka, sebarang perbincangan hendaklah melibatkan dua parti gabungan kita, iaitu BN dan PH.

“Dan semua keputusan yang dibuat dalam perbincangan di enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus bincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai untuk ditandingi.

“Insya-Allah apabila kita mula lalukan perbincangan, kita akan cari jalan yang terbaik untuk beroleh kemenangan di kerusi-kerusi di enam negeri itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Johor di Kompleks Muafakat Benut, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi: Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Ditanya adakah perbincangan itu akan mengguna pakai formula ‘status quo’, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, ada pelbagai formula akan digunakan.

“Apabila kedua-dua pihak telah bersetuju, kita akan cari jalan penyelesaian yang akan dimultamad dan terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya