PN tidak mahu kerjasama PH-BN berpanjangan - Utusan Malaysia

PN tidak mahu kerjasama PH-BN berpanjangan

ANTHONY Loke Siew Fook menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Langkah pihak pembangkang untuk memecahkan hubungan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sememangnya sudah dijangka terutama dalam usaha mereka untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut merupakan biasa dalam politik dan Perikatan Nasional (PN) memang tidak mahu melihat gabungan PH dan BN berbaik bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

“Mereka memang tidak mahu lihat kami berbaik sebab kalau hubungan kami baik maka kami akan kuat maka mereka tiada peluang, jadi sudah tentu pihak lawan akan cuba memecahkan kami.

“Itu sudah dijangkakan sebab hubungan kerjasama PH dan BN akan memperkukuhkan kerajaan pada hari ini. Pihak lawan iaitu PN tidak mahu lihat kerjasama ini berpanjangan.

“Ini akan merugikan mereka, daripada segi politik mereka sudah tentu tidak dapat menawan kerajaan pada hari ini. Dalam politik itu perkara biasa, lawan akan cuba dengan semua cara untuk menjatuhkan kerajaan pada hari ini dengan meretakkan hubungan PH dan BN,” katanya.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, kerjasama erat antara PH dan BN yang sudah ada dalam Kerajaan Perpaduan pastinya akan memperkukuhkan kestabilan politik negara.

“Apabila politik stabil kami akan dapat tadbir negara dengan baik, rakyat akan sokong dan sudah tentu pihak pembangkang akan rasa rugi, kalau prestasi kerajaan baik rakyat akan sokong dan pada pilihan raya nanti mereka (pembangkang) akan ditolak, itu yang mereka tidak mahu lihat,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN