NTW 2023: Politeknik, kolej komuniti tawar pelbagai kursus percuma

NTW 2023: Politeknik, kolej komuniti tawar pelbagai kursus percuma

MOHAMED Khaled Noordin (tiga kiri) dan V. Sivakumar (tiga kanan) pada majlis pra pelancaran NTW 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Politeknik dan kolej-kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di seluruh negara menawarkan pelbagai kursus dan latihan jangka pendek secara percuma sepanjang tempoh National Training Week (NTW) 2023.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan, tenaga kerja serta orang ramai diseru mengambil kesempatan dan merebut peluang keemasan yang ditawarkan.

“Kaji dan pilihlah program atau kursus yang bersesuaian dengan minat serta kemahiran anda. Gunakan lah masa ini untuk meningkatkan kapasiti dan kebolehpasaran diri.

“Pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional yang berterusan seperti ini sudah pasti akan sangat membantu meningkatkan kebolehpasaran diri kita,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pra-Pelancaran NTW 2023 di sini hari ini.

Diterajui oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp), NTW merupakan minggu kesedaran latihan besar-besaran yang menghimpunkan pelbagai pihak, organisasi serta individu pelbagai latar belakang dan industri untuk mewujudkan peluang pembelajaran dan pembangunan kemahiran yang lebih luas.

Penganjuran NTW diadakan menerusi program dan aktiviti latihan meliputi pelbagai topik dan bidang kemahiran secara percuma oleh organisasi tempatan untuk rakyat Malaysia.

NTW 2023 akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei depan di seluruh negara bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan latihan serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, inisiatif berkenaan menyasarkan untuk menarik lebih 5,000 jurulatih dan kolaborator bagi melatih sehingga 125,000 peserta termasuk kanak-kanak dari peringkat pra sekolah hingga warga emas dengan merekodkan 500,000 jam dan RM250 juta nilai latihan.

“Saya menggesa semua pihak dari organisasi multinasional yang besar hingga kepada perusahaan kecil sederhana, penyedia latihan yang telah lama bertapak, jurulatih individu dan dari universiti kepada pusat TVET agar mendokong NTW 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.