Mayat wanita disumbat dalam beg - Utusan Malaysia

Mayat wanita disumbat dalam beg

MAYAT seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan dalam sebuah beg di hentian bas berhampiran Hospital Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai dibunuh ditemukan disumbat dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah hentian bas berhampiran Hospital Kulai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu pada pukul 1.50 petang dan mayat berkenaan sudah reput lebih 50 peratus serta berulat.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat ditemukan. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

“Wanita itu dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu, bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran menerusi talian 016-2850204.

Terdahulu, penemuan rangka mayat itu tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN