Lelaki maut dirempuh ketika nyalakan lampu suluh selepas nahas - Utusan Malaysia

Lelaki maut dirempuh ketika nyalakan lampu suluh selepas nahas

KEADAAN nahas empat kenderaan yang mengakibatkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Kilometer 242.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di Rembau pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kereta di Kilometer 242.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi itu, mangsa, R. Thiru Murugan, 26, beralamat di Taman Universiti, Skudai, Johor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, nahas membabitkan empat buat kenderaan iaitu Toyota Vios yang dinaiki mangsa, Hyundai Tucson, Honda City dan Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Vios dipandu di lorong kanan dari arah Johor menghala ke Selangor. Semasa sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu Hyundai Tucson yang mengekori arah belakang hilang kawalan lalu melanggar Toyota Vios berkenaan dan menggelongsor serta melanggar kenderaan Honda City yang berada di hadapan Toyota Vios di lorong yang sama. 

“Pemandu Toyota Vios iaitu bapa mangsa telah keluar dari kenderaan dan meminta mangsa untuk menyalakan lampu suluh bagi memberi amaran kepada kenderaan lain. Tiba-tiba, sebuah Perodua Myvi yang memandu di lorong tengah dari arah belakang hilang kawalan dan melanggar kenderaan dinaiki mangsa dan mangsa yang berada di luar kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Hazri lagi, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayat telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya